FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
ü Kelemahan Pemerintahan Melaka
l Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah,beliau didapati mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya,Sultan Mansur Syah.Ayahandanya seorang yang gagah,berani dan tegas.Walaupun Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan seorang yang berani dan tegas,namun baginda bersikap menolak kekerasan.Oleh itu,tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda.Hal ini menyebabkan banyak wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing.Keadaan bertambah buruk semasa ketakhtaan Sultan Mahmud.Baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.Ketika pemerintahan baginda,berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam kalangan pembesar.Pengganti-pengganti Bendahara Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau.Misalnya,Tun Perak diganti oleh adiknya Tun Perpatih Putih yang sangat tua dan telah tepok kakinya.Adik kepada Tun Perpatih Putih yang menggantikan abangnya pula dikatakan seorang yang boros.
ü Kelemahanan sistem pertahanan
l Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.
ü Kurangnya perpaduan rakyat Melaka
l Semangat perpaduan rakyat yang lemah juga mengundang kepada kemerosotan Melaka.Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,misalnya wujud puak tua(kumpulan Sultan Mahmud)dan puak muda(kumpulan Sultan Ahmad)yang tidak sefahaman.Demikian juga wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
ü Sikap pembesar
l Pembesar bersikap tidak adil seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang.Hal ini menyebabkan pedagang-pedagang menjadi marah dan mula mencari pelabuahan-pelabuahan lain seperti Aceh,Bentan,Pattani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
No comments:
Post a Comment