PERISTIWA SELEPAS KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque
kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina
markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua
tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi
dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan
Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah
dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud
Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan
yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus
menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang
diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah
menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada
tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526,
pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah
Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah
melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
Is it a Safe Casino to Play Slots?
ReplyDeleteI have to admit, most casinos 검증 업체 먹튀 랭크 offer online 토토 사이트 도메인 slots but the most important is 강원랜드여자앵벌이 to play mgm바카라 for real money. That's because of the fact that most of 프라그마틱 슬롯 the casino