Sunday, 11 October 2015


Kerajaan Melayu Melaka 

Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan agung pada zamannya. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan , pusat perkembangan agama Islam , keluasan tanah jajahan dan mempunyai hubungan politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti Negeri China. Pendek kata , Kerajaan Melayu Melayu merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.
Pemahaman tentang kedudukan Malaysia sekarang , misalnya tentang Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara sebenarnya dapat diperjelaskan dengan memahami sejarah Kerajaan Melayu Melaka ini sendiri. Begitu juga dengan sistem pemerintahan negara , ia sedikit sebanyak ada persamaan dengan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
Dalam sistem berkerajaan ketika itu , Raja Melaka adalah ketua negeri , ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara , Laksamana , Temenggung , Penghulu Bendahari dan Syahbandar.
Kerajaan Melayu Melaka ketika itu aman dan maju kerana adanya peraturan dan undang-undang. Antara undang-undang yang dilaksanakan dalam pentadbiran ialah Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka. Ini mencerminkan juga bahawa Kerajaan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada zaman itu.

Kemakmuran Kerajaan Melayu Melaka dapat dilihat dari segi kedudukannya sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. Kedudukan Melaka ditengah-tengah jalan perdagangan antara India dengan China merupakan faktor utama mendorong Melaka menjadi pelabuhan terkenal bagi pedagang-pedagang timur dan barat. Melaka juga menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah menyebarkan agama Islam kerana Islam
merupakan agama rasmi kerajaan Melayu ini. Berpusat di Melaka , kemudiannya agama ini tersebar luas di kawasan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan pulau Jawa , Kalimantan , dan selatan Filipina. Islam merupakan agama rasmi Kerajaan Melayu Melaka.
Penyebaran agama Islam menjadi lebih mudah dengan adanya Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan(lingua franca). Bahasa Melayu digunakan dengan meluas walaupun dikatakan bahawa di Melaka terdapat 82 bahasa yang dituturkan.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negeri Melaka dan digunakan dengan meluas dalam sistem pentadbiran negara , sistem perdagangan , pertuturan harian , kegiatan dakwah dan ilmiah. Dengan demikian tidak hairanlah bagi kerajaan Malaysia pada hari ni menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
Di bawah ini merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan dan keangungan dan juga factor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan Kerajaan Melayu Melaka.





Faktor-Faktor Perkembangan dan Keagungan


Beberapa faktor menjadi dasar perkembangan Kerajaan Melayu Melaka.
Faktor Geografi
1. Kedudukan negeri Melaka ditengah-tengah jalan perdagangan India dan China.
2. Negeri Melaka terlindung daripada angin Monsun Barat Daya dan angin Monsun Timur Laut.
3. Negeri Melaka mempunyai pelabuhan semulajadi yang dalam.
4. Adanya penempatan orang laut yang berperanan menjadi pertahanan Melaka daripada ancaman.

No comments:

Post a Comment